Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk bertanyakan keadaan kita setiap
hari..
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon
kita?
Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita..
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang
letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian?
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn
minum ais!".
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas
berkata "tidak boleh!"
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita
adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Apabila kita telah melanggar kepercayaannya maka ayahlah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat
risau..
Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah / kolej untuk
belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya
mengerutkan dahi..tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya.. Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita
dari ayah..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya...
Dan akhirnya........
Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita...ayahpun
tersenyum bahagia..
Apakah kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.
Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera-puteri kecilku yang manis bersama pasangannya...."
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya
yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga
kita..
Nota kaki : Setiap manusia mempunyai pelbagai cara utk menunjukkan kasih
sayang....so bersabarlah dgn apa jua keadaan, pasti ada hikmahnya :)
No comments:
Post a Comment