Sunday 24 February 2013

PeNDaM

Hari minggu yang sangat lembap!!! Lembap sebab apa ni pula Ismi oooi ?

MmmmmMMMM sebab hujan jer...dah lama tak hujan, seminggu ni memang panas terik. Best kan hujan ? hujan yang sekadar cukup untuk melembabkan suasana sekeliling....time-time cemni mestilah best kalau layan tidur...tapi Is tak boleh la pulak nak tidur... pelik? Kepala otaknya terasa lembap seperti keadaan sekeliling... 

Kelmarin dapat email...sedikit maklumat tentang contoh thesis... Harini baru dapat mood nak baca,tapi Is masih tak boleh nak fokus... Angah ? sebab angah ker? angah ada whatsApp petang kelmarin, saja tegur dan nak bgtau yg dia teringatkn Is dan suruh happy happy hujung2 minggu cam ni...pastu ajak layan hindustan...dia pulak nak tidur sebab cemuih. Petang harini pun angah tegur lagi; dah makan ke? Is tak balas... sebab dia tak mahu langgar apa yang pernah dia katakan dulu. Tangan dan hati ni dah gatal sangat nak balas tapi dikuburkan jua tindakannya itu. Is tak mahu angah mengisi kebosananannya di hari macam ni. Is tahu angah mesti tengok status fm Is....online... sebab Is tak off wifi kat hanphone pun..saja jer..
Memang Is layan cerita hindustan petang sabtu tu, Anil kapoor dan Aishwarya Rai berlakon ... ( my favorite hero and heroin) perghhhhh sedih betul cerita tu... jalan ceritanya Anil kesian dan tolong Aish , last-last bercinta dan kawin plak.... Kesudahannya terus aku rase sedih semacam... teringatkan angah (muka anil kapoor dah macam angah aku nengok) harap-harap tak jadi cemni...sebab aku tak se'cun' Aish..... Sebetulnya Angah tak nak kat aku pun tapi aku ni jer yang risau perasaan sendiri.... Sejak akhir-akhir ni, angah ada cakap yang dia dah tak boleh tengok aku, sebabnya dia bertambah kesian. Aku dengan selambanya kata " Janganlah tengok" dan angah pun setuju. Esoknya aku pun dressing la cam 'mandom' (pernah guna tak perkataan ni ?) , pakai colour yang tak menyerlah, colour gelap tak naik langsung... mmm kesudahannya angah tegur jugak... suruh 'dressing brighter' . Kata tak mau tengok... pastu comment ... hisssshhhh ikut suka aku lah....


Ismi's Weather forecast : Dah byk sangat aku tengok drama, last-last aku jugak yang  sedih... macam lagu shahir ni.... :(   sebab ni juga kot Is rasa tak boleh nak fokus...Aku rasa aku dah gila... I must wake up!!!! No more dreaming !!! Go go for your master and hopefully PHD. Abg S ada bagi cadangan untuk kemajuan diriku tapi dia tak berjaya nak buat aku rasa teruja pun... tapi kalau angah yang cakap, rasa terkesan la jugak... kenapa ya?

No comments:

Post a Comment