Huh 3 bulan ni memang cukup perit…. Budak Engineering terjun ke pengurusan!! Aku belum
cukup perkasa,belum cukup ilmu untuk aku tanggung semua ni tanpa seorang mentor….
Mahu tak mahu aku terpaksa saja laluinya… Dah macam orang gila buat kerja…..
“Dah ada pengganti Big
Bos ni ka encik?”
“Ya…. Dan dengar kata orangnya sangat tegas….tengok sudahlah
Melaka…”
Alamak,aku
ni tak sempat kenal lagi yang lama, baru jumpa sekali dua sebabnya biasalah Big Bos ni sangatlah sibuk…Siapalah aku
ni…?? Tapi semasa mesyuarat haritu, aku tengok gaya dia lembut tapi tegas.
Biasalah orang berpengalaman dah sampai JUSA ke berapa ntah….aku tak reti ler lagi
pangkat-pangkat ni…Nama YB pun tak boleh hafal lagi kesemuanya…..kalau dah
memang otak matematik, kalau bagi persamaan tu mungkin cepat sikit aku catch up…hehhehhhehe
“ Tapi saya
nak beritahu satu berita lagi,saya pun mungkin akan bertukar. Surat masih dalam
proses…tak tahu sempat ke tidak dengan bos baru ni….Nampaknya tinggal kamu
sahaja la…saya pun nak lari juga.....hahhahhaha tapi jangan risau Cik Maria ada.Kombinasi dia dan kamu amat bagus.”
Amboi…selamba saja cakap cemtu…mula-mula cam beria nak
menghadapinya bersama-sama…rupa-rupanya nak tinggalkan aku jugak Second Big Bos ni…. Aduhai!!! Nasibku……
“Eh Is…. Nota Serah Tugas tu dah buat belum? SKT macam
mana? ”
“Haritu kan kata Pn Rosma yang in charge. Lebih berpengalaman kot dia….saya mana tahu semua tu…”
“ Aaaah
betul jugak tu….Ni saya dah siapkan yang bahagian kita, kalau dia minta kamu
serah je ni..
Saya risau
jugak sebenarnya nak tinggalkan kamu…mmmmm tapi nak buat macam mana,
terpaksalah. Belajar-belajarlah ya….best
student,mesti boleh semua hehhehhe”
Hah tahu takper..aku macam nak pecah kepala sudah.
Stressssss. Nasib baiklah dia selesaikan nota tu. Itupun masih ada
yang tak update… Jenuh nak tengok, dah la ada tiga unit…
Panjangnya
umur dia…..petang tu juga,dapat panggilan dari Pn.Rosma minta aku buat
panggilan mesyuarat tergempar untuk semua ketua-ketua jabatan dan ketua yang terlibat
dibawah naungannya. Mmmmmm saya yang menurut perintah…..
“Adik….Adik….,
makanan lebih ni letak dalam pinggan lain boleh? Kami ada mesyuarat lagi ni…
mmmm lagi satu boleh tak tolong buatkan air minuman panas?”
“Kuih ni
boleh ambil tapi yang minuman tu kak kena tanya bos dulu sebab nak kena tambah”
“ Kira boleh
la hantar untuk malam ni? Ok ok nanti saya telefon bos kamu… terima kasih.”
“ Is….minta
buatkan air milo kaw-kaw!! Kegemaran Big
Bos.Dia nak datang malam ni.”
Dah
berhari-hari macam ni, stay back
sampai malam….. semata-mata nak siapkan semua nota tu…
Siang pulak
ada komitmen lain……nasib baik sempat lagi seret Cik Maria. Tak adillah aku
kena lalui sorang-sorang….hehhehhehe
“Haaaah
sekejap lagi ye sampai. Dia nak tengok progress
kita. Ada lagi tak bahagian yang tertinggal ni? Manalah tahu ada yang
tertinggal…”
Setengah jam
kemudian, our very very Big Bos pun
muncul.
“Assalamualaikum
semua, selamat malam. Terima kasih sebab sudi stay back dan berusaha menyiapkan
semua ni. Mmmmm PA saya tu masih baru, kena lebih banyak belajar lagi. Macamana
progress? ”
Setelah
diteliti, barulah perasan orang bahagian 'ni' belum memberi laporan. Pantas je
Pn. Rosma mengambil tindakan…mmmm nampaknya esok kena la datang lagi, hari cuti
pun terkorban lagi.
Seperti
biasa, aku aturkan bilik mesyuarat dan mestilah makan-makan ….nyum nyum nasi ayam.
Harapannya sampai tengahari je semua dah selesai…. Tinggal bahagian orang tu je
pun. Orang mana ni? Orang yang aku bergaduh tu ler…..huh menyampah betul…. Kisah bermula……
“ Maaf puan
saya tak tahu ada meeting ni… Ni sebab dialah tak panggil!!! Tak pasal-pasal
saya stay up malam semalam nak
siapkan semua ni ” Tiba-tiba sahaja dia meninggikan suara sambil menunding jadi ke
arah aku…..
Amboi…..
suka hati marah aku… tahu la pangkat engkau tu tinggi…hebat sangatlah tu…. Aku
pun apa lagi, terus jeling tengok muka dia….terkejut tiba-tiba kena marah.
“Eh mana la
saya tahu awak pun terlibat….hhhhmmmmm ambil ni,buatlah sendiri!” Dengan selambanya aku bangun
meninggalkan laptop yang menghimpunkan
semua kerja kami selama berhari-hari…. Bengang punya pasal, aku terus keluar
dari bilik mesyuarat, turun ke bawah….Ikutkan hati nak balik je tapi nanti yang
atas tadi masih dalam tanggungjawab aku….
Tak
pasal-pasal air mata aku mengalir, sedih betul kena tuduh dan malu kena marah depan
puan. Sakitnya hati. Tapi sempat juga aku dengar puan backing aku...ye cakap "Saya yang terlupa bahagian awak".
Baru nak
melantak nasi ayam yang baunya mula memenuhi ruang mesyuarat….. Terus kureng selera……Sebelum ni dia cari pasal dah…. Dikatanya aku sengaja menolak
permohonan konsert apa ntah…..padahal bukan salah aku… paperwork aku dah siapkan…dah orang atasan menolak, aku nak kata
apa…Issshhhhhh bengang-bengang!!! Nasib baik bukan sepejabat….. Sampai sekarang tiada tanda-tanda maaf. Huh lupakan lah saja orang berperangai cemtu.... :(
No comments:
Post a Comment