Huh!!! Sambil menarik nafas panjang, Ismi pun menekan
gagang hijau di telefon bimbitnya.
“Hello”
“Hello! Tidur dah ke? Awak ke yang sain surat ni?”
“Belum tidur, surat apa bos?”
“ Siapa yang bertanggungjawab ni? Surat berkenaan bil
telefon saya!”
Sambil berfikir panjang cuba mengingat “ Owh…surat tu
penolong akauntan saya yang buat. Kenapa? ”
“ Bodoh!!! Awak tak baca dulukah sebelum sain! Kalau penolong tu bodoh,awak pun ikut sama kah? Adakah patut tulis limit panggilan saya macam tu, patutlah saya cuba telefon semua terhalang,”
“ Saya minta maaf bos. Mungkin saya terlepas pandang. Esok
pagi-pagi saya akan lihat semula dan betulkan keadaan. Maaf sekali lagi..” .
“ Okay! Esok pagi sampai saja pejabat terus jumpa saya!!”
Talian diputuskan.
Ciss tak semena-mena aku kena habuan. Tersentap jantung ni….terkejut dan bengang juga rasanya. Terpinga-pinga sambil fikir apa la sangat isi surat tu sampai besar impaknya sebegini rupa…. Dah la esok ada majlis, kertas nak bentang lagi….serabutnya….
Awal-awal pagi lebih daripada biasa… semua anak buah melihat aku berjalan masuk ke pejabat. Hairan? Semua orang tahukah aku kena marah malam tadi?
Yuppp…sangkaan aku betul. Semua tahu. Rupanya Bos telefon
mereka untuk bertanyakan nombor aku. Huh…tak pasal-pasal terus dapat direct akses dari Big Bos….
Haru betul! Akauntan tu cuti pula harini. Nasib baik ada assistant lain yang prihatin, tolong
carikan surat tersebut kembali. Dengan muka yang tebal , kami pun mengadap bos.
Macam apa ntah…
Setelah menerima tohmahan bertubi-tubi, aku pun turun membuat panggilan ke pusat telekomunikasi berkenaan. Daripada pemahaman kami, surat itu lansung tidak bermaksud nak hadkan panggilan pun. Bos aku yang salah faham. Dia sebenarnya tidak dapat membuat panggilan disebabkan talian yang kurang memuaskan, bukan sebab had yang tertulis di surat! Tak puas hati betul........
No comments:
Post a Comment