Wednesday, 23 January 2013

Siapa suruh!!!


“ Laaaaaa….nak keluar lagi ka Is? ”
“ Nak buat camna….majlis tak berhenti…nama pun tukang handle…”
“ Tadi kan baru saja balik…mmmmm”
“ Jom buat lasagna lagi cam haritu…mmmm sedapnya kak Is”
“ Eh kenapa aku tak tahu? Semua orang ada ka?”
“ Haa tu la siapa suruh kerja siang malam? Apa yang jadi kat rumah pun tak tahu…” serius nada Umi.
“ Is tak minta pun semua ni” Nada kecewa.
“ Ya la kalau kerja pun…kena la tolong-tolong kat rumah juga,masuk dapur ka apa-apa ka?”  

Tuntutan kerja aku bukanlah hanya setakat masuk kerja jam 8 hingga 5 petang. Aku sedar aku telah melepaskan tanggungjawab jam 5 (driver tetap Umi). Sebabnya kerana aku telah ditegur oleh bos sebab aku pulang pada jam 5. Kalau boleh dia nak aku tunggu sampai jam 6 pun jadilah. Bukan kerana OT (manalah pegawai layak OT) tapi semata-mata tak mahu anak-anak buah mengikut….bos balik awal so diaorang pun boleh balik awal.  Sekarang ni semua orang ofis akan keluar setelah 10-15 minit berlalu selepas jam 5. Kami yang menurut perintah….Okay sambung mula....

“Mmmm nak buat macamana…..dah bos, kena tempat sibuk pula tu….” Nada sedih Ismi.
“Lagipun dah orang nak bagi,siapa juga yang suruh terima?”

“Habis kalau nak tolak mampu ka nak bayar semua hutang-hutang tu semula? Amboi tak bersyukur la pula dah diberinya kerja!!” Umi terus menekan dengan serius….

“ Susah sangat ka nak faham kerja Is ni? Ok takpa..Is boleh berhenti cari kerja lain yang tak bz….menyesal betul!”
“ hah berhentilah!!! Siapa suruh?” balas Umi.

Ismi pun cepat-cepat berlalu keluar dari bilik menuju ke kereta. Matanya bergenang air mata. Sampai hati Umi kata aku begitu. Dia juga yang protes tak puas hati sebab aku terlalu sibuk. Telah menjadi tanggungjawab dan tugas aku, gaji dibayar. Aku sanggup mencuba terjun ke bidang lain, hampir menjadi seseorang dengan peluang kerjaya yang sangat besar walaupun terpaksa berkorban Ijazah Kejuruteraan. 4 tahun belajar macam nak pecah kepala otak….last-last dapat jadi tukang urus,setiausaha jer….Cuma ada pangkat bos. Tetapi malangnya tak dapat support family

Dah takdir aku menjadi  ‘Seperti Sirih Pulang Ke Gagang’. Dah seronok sangat masa lapor diri di Putrajaya..... siap rancang macamana nak pergi kerja naik bas yang disediakan dalam kawasan tu… Alih-alih penempatan balik negeri….negeri asal pula tu…. Hancur hatiku tidak terkira…bukan tak bersyukr tapi sebab dah boleh agak akan jadi macam gini. Lagi lama seseorang tu berada di rumah, makin banyak kesalahan yang dicari…semuanya nampak salah…

Aku memang tak nafikan, pepatah orang tua-tua ‘Yang dekat disayangi,Yang jauh lagikan dikenang’.
Tapi macam dah terbalik maksudnya untuk family ini. Haritu aku free-free saja kena marah sebab cerita yang aku tak ingat semua nama YB. Baru nak berkongsi kisah dan luahan perasaan….jammed terus! 

No comments:

Post a Comment