Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang
perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah
cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan
penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALLAH menyuruh kita di dalam firmanNya
yang bererti :
" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan
mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ).
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui
akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )
Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan?...
Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja
mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan
agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang
betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak
mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri.
Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan,
ujian itu menambahkan cinta kepada ALLAH. Kita selusuri kembali dari kacamata
sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.
Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka
Agungnya akhlaqmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman.
Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya
lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLAH. Menjadikan Saidina
Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam
menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan
Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat
memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid
bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur
dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALLAH?
Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi
yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya,
kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap
dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan
peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf,
namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALLAH sehinggalah ia benar-benar bebas
dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu
'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri
peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf
semasa peperangan Badar al Kubra.
Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut
ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor
memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh
tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh
menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau
berkata
"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALLAH akan mahu minum
sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat
la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"
Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak
mengeluh atau merintih barang sedikitpun.
Selanjutnya qadar ALLAH telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati
ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari
tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang
mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita). Urwah bin Zubair
mengucapkan :
"Ya ALLAH! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu,
dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan
masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau
juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"
ALLAHU...ALLAH...
Tugas Kita Sebagai HambaNya
Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu
bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALLAH telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang
beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri,
keluarga dan masyarakat ke jalan ALLAH. Mengajak ke arah kebaikan, menegur
kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka
(adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat,
menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan
diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
(Surah at Taubah : Ayat 71)
Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan
tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALLAH..
Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya.
Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang
dimiliki. Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata. Tetapi keislaman itu
diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya....
Wallahualam
No comments:
Post a Comment