Saturday 16 February 2013

Episod Laksa

“Mmm lamanya tak makan kedai Kak Bunga…huh teringat ayam masak padprik dia. Tak ada kedai boleh challenge lagi!”
“ Ha betul jugak tu….jom kita gi sana,lagipun sempatlah sebab rehat panjang harini”
Di kehangatan mentari tengahari itu,laju jer abang Wira meluncur…..hati Ismi dan Ria berbunga-bunga. Nak ubah selera harini….. kecur air liur bila teringatkan masakan Kak Bunga. Memang terbaik!!!
Tetapi sejak berpindah pejabat ke lokasi baru yang lebih jauh, memang terpaksa berangan je….semua hanya dalam bayangan… huhuhuhuhu sedih pula rasanya. Keadaan tempat baru tidak sama seperti dulu. Mudahnya jalan-jalan cari makan di tempat dulu. Semua sedap dan yang penting jaraknya lebih hampir.
“Alamak! Eh betul ka ni?” Is berkata seperti tidak percaya.
“Aaah betul lah tu….tutup la pula” Ria cuma boleh double-confirm dengan nada sedih.
“Alamak,dah berangan dah ayam padprik masuk dalam tekak…..huhuhuhuu” Is masih bersedih.
“Bukan rezeki kita lah nampaknya…. Jom ar kita makan kat depan tu je. Nasi berlauk.”
“Ok ka? Sedap? “ Is melahirkan keraguan.
“ Ok…lauk dia ok…lagipun sebelah tu ada gerai laksa,ingat nak beli laksa sekali” ujar Ria cuba meyakinkan. Setelah menikmat hidangan tengahari yang tahap kesedapannya agak homey, mereka pun singgah di kedai laksa berhampiran. Ismi pun turut teringat pada keluarganya, jadi dia pun belilah laksa sekilo. Sebenarnya Is meragui tahap kesedapannya tapi sebab kesian tengok makcik laksa,dia pun turut memurahkan rezeki makcik tu. Kalau diikutkan Is nak beli di tempat yang biasa beli aja.
Selesai mandi dan solat, Is terus membuat persiapan untuk menghidang laksa yang telah dibelinya tengahari tadi. Semua orang dah berkumpul dan masa untuk baca doa makan.
“ Cepat la baca….” Umi mula bersuara setelah semuanya menyepi.
Selesai berdoa, macam biasa tangan semua tertumpu ke laksa,kuah,telur dan segala ulam-ulaman. Bestnya masih dapat rasa suasana berkumpul beramai-ramai dan makan pun macam berebut-rebut. Haahhaha tetapi hanya kerana satu soalan, suasana ceria tadi terus terbantut.
“ Beli kat mana ni?” Abi Is memecahkan suasana…
Dalam hati Is mula berceramuk. Ntah kenapa dia merasa teramat berat mulutnya mahu menjawab soalan simple tersebut. Dia cuma tidak puas hati akan tahap kesedapan laksa yang baru semulut disuapnya.
“ Alaaaaa makan lah dulu….rasa dulu…baru boleh bagitau beli kat mana……”
“ Susah sangat ka nak bagitau!!!! Tanya yang tu ja pun!!!!!” Abi meninggikan suara. Terkejut Ismi dibuatnya.
“ Bukannya tak mau bagitau, satgi tak sedap marah pulak… bukannya beli tempat selalu…” Is emo dan terus bangun dari situ. Laksa masih didalam mangkuknya terus dibuang. Bertambah-tambah tahap ketidaksedapannya…rasa pahit dan tawar camna ntah. Lansung tak menepati seleranya.
“ Iskh ada ka pula cemtu…….bla bla bla cakap sikit menjawab…..bla bla bla” ntah apa yang Abi terus bebelkan. Selama ni, dia pun tak jawab kalau tanya soalan yang sama. Ikut contohlah.
Entah mengapa Is mula menjadi sensitif sejak akhir-akhir ni. Apa yang dibuat semuanya serba tak kena. Adakah dia mula menghadapi tekanan tahun baru?

No comments:

Post a Comment