Saturday 16 February 2013

Masih Bukan Untukku

Dua hari sebelum hari lahir Ismi di tahun 2012…..mmmm apa yang terjadi ya?
Aku baru sahaja menerima ‘birthday wishes’ yang aku tak jangka. Dia bermain gitar rentak lagu happy birthday. Ok baiklah aku layankan sahaja tapi baru aku teringat…aku terlupa nak mengucapkan terima kasih. Apalah! Terkejut dan malu dan tak tahu apa yang nak difikirkan. Ini adalah kali pertama aku menerima sesuatu seperti ini. Rasa seperti ada orang take care. Birthday yang aku tak pernah kisah pun.
Dia cuma cakap, ‘It’s a simple video clip that I made, just a few second before I came here…. menghabiskan masa terluang sebelum tengahari’.
Tapi aku mushykil juga dengan ayat ‘minggu ni tak jadi kerja,ingat saya nak kena control sikit.’
Seolah-olah aku mengganggu fikiran dia sampai kerja tak jalan. Does it mean he still likes me in extra condition?  Tapi mungkin tidak sebab dia dah jelaskan bahawa suka tak bermakna nak kahwin…. mmmm
Aku semakin hairan dan persoalan aku makin bertambah. Aku rasa nak jer aku tanya apa maksud atau tujuan dia membuat lagu dalam erti kata lain menujukan lagu untukku. Yupp ini bukan the first time dia ‘tujukan lagu’. Wajarkah aku untuk bertanya? 
So this is the answer that I get…..
Ismi : Anyway thanks for the guitar song tadi.... rasa cam terlupa cakap tq huhuhuu
Abang : ohhh tak dak apa la...kena la bagi direct .... kalau post dalam fb, huh jenuh nak menepih haha

Mmmmmm masih tak menjawab persoalan rasanya….Aaaaahh Lantak lah… Somehow I figure it out that
he just want to be a motivator….someone try to come out with his own formula for my life….

Abang : Tak sempat cerita habis la...tak pa la..nanti saya email ka apa ka..bagi habis juga cerita tadi
Ismi     : Ikut lah...sy baca nanti InsyaAllah
Abang : Nak ikut ka tidak ka..terpulang lah..saya rasa puas hati sendiri pun cukup lah
Ismi     : orait....
Abang : haha...tak pa la first job as motivator
Ismi     : Alamak....camna nak bayar upah ni...uhuk uhuk...
Abang : ish Jangan fikir cemtu.. jgn fikir saya nk ambil kesempatan ka apa ka..saya ikhlas..saya tau limit      
              saya setakat mana...Ismi  clear yang tu kot no...
Ismi     : okay…clear

I don’t know what to expect from men…..but at least I try.
Any comment’s? 

No comments:

Post a Comment